Kenapa setiap orang mesti mengalami rasa sedih? Tak boleh ke dalam hidup ni ada rasa gembira je? Hmm.. kalau kat dunia ni semua orang rasa gembira je, habis tu siapa yang nak rasa sedih? Kalau manusia asyik rasa gembira je, maka mereka tak akan sedar dan bersyukur pula atas nikmat kebahagiaan yang Tuhan dah berikan kepada mereka. Dengan adanya rasa sedih ni, barulah manusia tahu bersyukur dan berterima kasih atas kebahagiaan hidup mereka. Itu pun masih ada yang memang tak tahu nak berterima kasih. Sepatutnya, sebagai orang Islam, kita perlu sentiasa gembira, walaupun kesedihan datang dalam hidup kita. Seperti sabda Rasulullah:
“Sungguh menakjubkan perilaku seorang mukmin. Semua keadaan adalah baik baginya. Jika memperoleh kesenangan dia bersyukur, dan yang demikian itu baik baginya; dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, dan yang demikian itu adalah baik baginya. Perilaku seperti itu hanya ada pada diri seorang mukmin”
(Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)
Tapi sebenarnya apa yang menyebabkan seseorang itu rasa sedih? Jom kita semak. Jika ada satu alat yang sesuai untuk mengukur kekuatan iman, tentulah alat itu adalah ‘hati’. Allah SWT menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagai pusat kawalan bagi anggota badan manusia. Seseorang yang suka menyentuh hatinya dan merawatnya dengan baik akan semakin mengenali dirinya sendiri.
Jika gelisah, sedih dan putus asa menguasai diri, dia akan bertanya kepada hati apakah sebabnya? Kemudian ilmu diperlukan untuk menjawab soalan, akal diguna sambil hati memandu
1) Ditimpa musibah atau masalah
Dalam kehidupan ini, siapa yang tak pernah ada masalah? Semua orang sama je, ada masalah masing-masing, Cuma yang membezakan ialah cara seseorang itu menyelesaikan masalah tersebut. Apabila ditimpa musibah, sudah tentunya seseorang itu akan berasa sedih. Kerana itu adalah lumrah bagi seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Antara contoh musibah dan masalah yang selalu dihadapi manusia adalah:
-kehilangan orang yang disayangi.
-kehilangan pekerjaan
-dibelenggu masalah kemiskinan
-ditimpa bencana seperti dirompak, kehilangan tempat berteduh akibat kebakaran dan sebagainya.
2)Tidak mendapat apa yang dihajati
Setiap orang ada keinginannya yang tersendiri.
3) Suka membuang masa
Percayakah kita bahawa salah satu punca kesedihan adalah kerana kita suka membuang masa. Membuang masa menyebabkan kemalasan yang berakhir dengan kegagalan, sedih dan tertekan. Hiburan dan permainan boleh merehatkan hati dan minda, tetapi apabila terlalu berlebihan ia dikategorikan sebagai perkara yang membuang masa. Akibat kelalaian ini, cita-cita dan impian yang sudah lama ingin dicapai akhirnya terkubur begitu saja. Maka menjelmalah kesedihan dalam diri kita..
4) Sifat dengki dan menurut nafsu
No comments:
Post a Comment