25 August 2009

Cara-cara mengatasi kesedihan

Kesedihan? Apakah ubat yang dapat menghilangkan kesedihan?

1) Ingatlah dan carilah pertolongan Allah yang satu.

Dalam surah Al-Hasyr ayat 19 Allah SWT berfirman yang maksudnya:

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah. Lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq.”

Apabila kita berada dalam keadaan kesedihan dan tidak ada seorang pun yang sudi menemani kita, ingatlah, Allah sentiasa ada di sisi kita, menjadi pendengar yang sangat setia dan juga pembantu yang Maha Pemurah.

2) Melihat siapa yang berada di bawah anda

Bukankan ramai manusia yang tiada apa-apa untuk dimakan pada hari ini? Rumah mereka musnah dilanda banjir dan badai, anak dan isteri mereka mati di hadapan mata kerana tembusan peluru, serta kehancuran bangsa dan negara oleh kekejaman perang. Jika kita berasa sedih, ingatlah bahawa masih ramai yang jauh lebih sedih daripada kita. Maka bersyukurlah dan anggaplah kesedihan itu sebagai ujian daripada-Nya.

Punca wujudnya perasaan sedih.



Kenapa setiap orang mesti mengalami rasa sedih? Tak boleh ke dalam hidup ni ada rasa gembira je? Hmm.. kalau kat dunia ni semua orang rasa gembira je, habis tu siapa yang nak rasa sedih? Kalau manusia asyik rasa gembira je, maka mereka tak akan sedar dan bersyukur pula atas nikmat kebahagiaan yang Tuhan dah berikan kepada mereka. Dengan adanya rasa sedih ni, barulah manusia tahu bersyukur dan berterima kasih atas kebahagiaan hidup mereka. Itu pun masih ada yang memang tak tahu nak berterima kasih. Sepatutnya, sebagai orang Islam, kita perlu sentiasa gembira, walaupun kesedihan datang dalam hidup kita. Seperti sabda Rasulullah:

“Sungguh menakjubkan perilaku seorang mukmin. Semua keadaan adalah baik baginya. Jika memperoleh kesenangan dia bersyukur, dan yang demikian itu baik baginya; dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, dan yang demikian itu adalah baik baginya. Perilaku seperti itu hanya ada pada diri seorang mukmin”

(Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)


Tapi sebenarnya apa yang menyebabkan seseorang itu rasa sedih? Jom kita semak.
Jika ada satu alat yang sesuai untuk mengukur kekuatan iman, tentulah alat itu adalah ‘hati’. Allah SWT menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagai pusat kawalan bagi anggota badan manusia. Seseorang yang suka menyentuh hatinya dan merawatnya dengan baik akan semakin mengenali dirinya sendiri.

Jika gelisah, sedih dan putus asa menguasai diri, dia akan bertanya kepada hati apakah sebabnya? Kemudian ilmu diperlukan untuk menjawab soalan, akal diguna sambil hati memandu cuba merungkai penyebab kesedihan itu. Akhirnya ditemukan jawapan punca kesedihan, kemurungan, gelisah dan tekanan pada diri manusia iaitu;

1) Ditimpa musibah atau masalah

Dalam kehidupan ini, siapa yang tak pernah ada masalah? Semua orang sama je, ada masalah masing-masing, Cuma yang membezakan ialah cara seseorang itu menyelesaikan masalah tersebut. Apabila ditimpa musibah, sudah tentunya seseorang itu akan berasa sedih. Kerana itu adalah lumrah bagi seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Antara contoh musibah dan masalah yang selalu dihadapi manusia adalah:

-kehilangan orang yang disayangi.

-kehilangan pekerjaan

-dibelenggu masalah kemiskinan

-ditimpa bencana seperti dirompak, kehilangan tempat berteduh akibat kebakaran dan sebagainya.

2)Tidak mendapat apa yang dihajati

Setiap orang ada keinginannya yang tersendiri. Ada yang nak jadi jutawan muda, ada yang nak dapat result gempak dalam peperiksaan, dan tak kurang juga ada yang nak jadi buah hati kepada wanita yang cantik. Malah banyak lagi keinginan-keinginan manusia yang memang tak akan habis kalau cuba disenaraikan. Apabila keinginan tersebut tak tercapai, maka mulalah nak rasa sedih, frust, tertekan, gelisah dan sebagainya. Sebetulnya, apabila kehilangan orang yang kita sayangi, atau kita tak dapat apa yang kita inginkan, janganlah terlalu bersedih tetapi tetaplah berusaha.

3) Suka membuang masa

Percayakah kita bahawa salah satu punca kesedihan adalah kerana kita suka membuang masa. Membuang masa menyebabkan kemalasan yang berakhir dengan kegagalan, sedih dan tertekan. Hiburan dan permainan boleh merehatkan hati dan minda, tetapi apabila terlalu berlebihan ia dikategorikan sebagai perkara yang membuang masa. Akibat kelalaian ini, cita-cita dan impian yang sudah lama ingin dicapai akhirnya terkubur begitu saja. Maka menjelmalah kesedihan dalam diri kita..

4) Sifat dengki dan menurut nafsu

Ada orang berasa sedih menyaksikan orang lain yang mengatasi kehebatannya. Dia berasa iri hati melihat orang lain lebih berjaya, kaya, berpangkat, cantik dan bergaya daripadanya. Perasaan sedih, risau dan tertekan mula bersarang di hati kerana tidak dapat menyaingi individu tersebut. Jelaslah, sifat dengki dan menurut nafsu memang akan mencetuskan kesedihan dalam diri kita. Jadi jauhilah sifat ini.

What Is Sad?

Sadness is a feeling...it's one of the many normal human emotions, or moods, we all have. Sadness is the emotion people feel when they've lost something important, or when they have been disappointed about something, or when something sad has happened to them or to someone else. When they're lonely, people often feel sad.

When you're sad, the world may seem dark and unfriendly. You might feel like you have nothing to look forward to. The hurt deep inside may crush your usually good mood.
Sadness makes you feel like crying, and sometimes the tears are hard to stop. Crying often makes you feel better.

Sometimes when your mood is sad, you just feel like being alone for a little while. Or you might want someone to comfort you or just keep you company while you go through the sad feeling. Talking about what has made you sad usually helps the sad feeling melt away.When sadness starts to go away, it can feel like a heavy blanket is being lifted from your shoulders.


19 August 2009

KISAH MENYAYAT HATI: Eksekutif muda, anak kecil dan seketul batu

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya. Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi : " Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; " Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil". Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya. Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat. Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya. Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.

PeMbUkA kAtA

Assalamualaikum semua....
alhamdulillah dapat kami create blog ni...
blog ni khas utk siapa-siapa yang nak share or luahkan rasa sedih korang.
utk siapa-siapa yang ada cerita sedih,
rajin-rajinlah masuk blog ni....
moga-moga dapat gak hilangkan rasa sedih korang tu...
jgn lupa usha ek...
peace :-)